KURMA AJWA JUMBO

    RM20.00RM120.00

    • Gula – memberi tenaga
    • Protein – menyokong perubahan badan
    • Serat – mengatasi masalah sembelit
    • Asid folik – membeantu pembentukan sel baru
    • Vitamin K – atasi darah beku
    • Zat besi – menguatkan imuniti bayi
    • Potasium – menstabil tekanan darah
    • Magnesium – mengawal pembentukan didi & tulang

     

    Clear
    SKU: N/A Category:

    Description

    Berikut adalah beberapa keunikan dan manfaatnya secara spesifik.

    *7 KEUNIKAN & KELEBIHAN KURMA AJWA BERBANDING KURMA LAIN.*

    ☘️*1. DISEBUT DALAM HADIS*☘️
    Terdapat lebih 1400 jenis kurma di seluruh dunia namun kurma ajwa inilah yang pernah disebutkan secara spesifik dalam salah sebuah hadis sahih, iaitu:

    _Sa’ad radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:_

    مَنِ اصْطَبَحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ
    _Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu._
    _[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Thibb, Bab Syurb al-Sum…, hadis no: 5779]_

    ☘️*2.CIRI YANG UNIK*☘️
    Sekali pandang, kurma ini kelihatan seperti kurma lain, namun kurma ajwa memiliki kandungan khasiat yang unik berbanding kurma lain.
    Isinya pula lebih tebal dan tidak terlalu manis berbanding kurma lain.

    ☘️ *3. SUMBER ANTIOKSIDAN* ☘️
    Kurma ajwa mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh. Kajian oleh King Saud University mendapati kadar antioksidan ini setara dengan produk antioksidan yang terdapat di pasaran.

    ☘️ *4. MELINDUNGI DARIPADA JANGKITAN* ☘️
    Antioksidan ini membantu melindungi tubuh kita daripada jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung, serta bersifat anti-kanser.

    ☘️ *5. KHASIAT UNTUK IBU MENAGDUNG & MENYUSU* ☘️
    Kurma memang sinonim dengan ibu hamil dan menyusu kerana ia dikatakan dapat memberi tenaga. Bulan-bulan puasa ni, ramai yang kongsikan resepi jus kurma susu, kurma oat, air rendaman kurma dan sebagainya untuk ibu mengandung dan menyusu.

    ☘️ *6. LEBIH SESUAI DIMAKAN OLEH PESAKIT DIABETES* ☘️
    Uniknya kurma ajwa ini adalah kandungan gula yang terdapat di dalamnya hanyalah monosakarida, iaitu komposisi gula yang paling ringkas dan tak perlu diuraikan lagi.

    Ini menjadikannya sesuai dimakan oleh pesakit diabetes type 2.

    ☘️ *7. MELANCARKAN PENGHADAMAN* ☘️
    Amat digalakkan untuk amalkan kurma ajwa kerana kandungan serat yang dijumpai didalamnya didapati berkesan dalam melancarkan sistem pencernaan dan seterusnya membolehkan usus berfungsi dengan lebih baik.

    Apapun, buah kurma secara umumnya (tak kiralah jenis apapun), turut memiliki pelbagai khasiat yang telah dibuktikan oleh pelbagai kajian seluruh dunia selain disebutkan di dalam al-Quran. Jadi, tak perlu risau kalau kita hanya makan kurma biasa sebab ia juga mengandungi bermacam-macam kebaikan!

    Additional information

    WeightN/A
    Sukatan

    Promosi, 100g, 250g, 400g, 1kg

    Reviews

    There are no reviews yet.

    Be the first to review “KURMA AJWA JUMBO”

    Your email address will not be published. Required fields are marked *