10 SEBAB PERLUNYA BUAT WEBSITE UNTUK BERNIAGA ONLINE

10 SEBAB PERLUNYA BUAT WEBSITE UNTUK BERNIAGA ONLINE

Bolehjer membangunkan KEDAI ONLINE ini pada asalnya untuk jual Ebook sahaja. Apabila siap terasa kosong pula kedainya dengan itu penambahan produk dari affiliate seperti AlHijaz, Noura, MFS Empire dan Noor Arfa dimasukkan. Banyak perkara perlu diambil perhatian terutama bab pemasaran serta mengenai SEO (Search Engine Optimization). Aduh! Tak ada perancangan inilah jadinya main buat jer tanpa kajian terlebih dulu. Namun apa yang sudah dimulakan jangan cepat putus asa, nasib ada ‘Pak Google’ maka hasil dari carian di GOOGLE bolehlah kutip point yang boleh jadi panduan.

  1. Website dalam perniagaan adalah untuk dilihat lebih profesional lantas menyakinkan pelanggan walaupun berniaga kecil-kecilan.
  2. Yang lebih pasti ia dapat menarik lebih ramai prospek yang meluas melalui enjin carian seperti Google atau lain-lain.
  3. Keupayaan website mempamirkan produk atau khidmat kita adalah jelas.
  4. Ulasan dan testimoni dari pelanggan ke atas produk atau khidmat yang ditonjolkan boleh mengukuhkan perniagaan kita.
  5. Pelanggan juga mudah menghubungi kita mengenai produk yang dipamirkan.
  6. Menyepadukan website dan Google Map memudahkan pelanggan menjejak lokasi kita bagi urusan khidmat offline.
  7. Bagi pesaing yang belum menyediakan website perniagaan mereka, ini menjadikan kita mendahului serta dapat mengukuhkan perniagaan kita di dalam industri tersebut.
  8. Era kini segalanya menjadi mudah tanpa perlu memikirkan pengkodan untuk membina website. Seperti mengguna platfom WordPress atau seumpamanya tambah dengan plugins percuma (tahu untuk fungsi apa) lebih memudahkan.
  9. Menjamin kejayaan dalam tempoh lama kerana semakin ramai kini beralih ke era digital.
  10. Banyak faedahnya buat website dengan kos yang minima. Caj hosting & Domain yang murah setahun berbanding menyewa kedai.

Zaman belajar dulu-dulu bidang teknikal pegang screw driver. ALASAN la tuh? Hahaha…buat sinetron sikit. Yang penting jangan jemu cari ilmu. Belajarlah dan cari BIG WHY kita – ubah mindset, cari hala tuju bisnes, jangan pentingkan diri, lihat perbezaan sesuatu perkara……bla..bla..bla dah lupa la tuh? Saja nak bagi tahu sambil-sambil tu ciduk juga belajar pemasaran sikit.

Tambah lagi ya! SEO website???? APA PULA NI? SEO – Search Engine Optimization. Dah kabo bolehjer.com pelik namanya untuk orang cari di internet. Oleh itu, kena cari teknik untuk letak nama dalam top 5 senarai Google search atau paling mudah dok dalam first page carian.

Beginilah hidup tuntut lah ilmu sampai innalillah…..jangan mudah putus asa. Hidup banyak cabaran hati kena kental lepas PKP ni mari kita tingkatkan usaha. NOTHING IS IMPOSSIBLE WHEN THE WORD ITSELF SAYS “I’M POSSIBLE” ~ Audrey Hepburn.

Leave a Reply